Saturday, June 6, 2009

KEKELIRUAN EJAAN


1. bumiputera dan bumiputra Kata yang tepat untuk makna pribumi atau anak negeri ialah bumiputera. Kata bumiputra pada kata nama Bank Bumiputra Commerce ialah contoh penggunaan ejaan yang salah. Walau bagaimanapun, ejaan nama bank tersebut tidak boleh diubah kerana telah terdaftar secara sah.

2. memastikan dan mempastikan Dalam bahasa Melayu, kata dasar tertentu yang diawali dengan huruf k, p, t, dan s, akan berubah apabila mendapat apitan meN-...-kan kecuali untuk kata pinjaman. Jadi, kata dasar pasti, akan menerbitkan kata memastikan. Contoh-contoh lain, mengayakan, mengemaskan dan mengendalikan.

1 comment:

  1. salam cikgu..silalah melawat ke laman homestay in gallery yang menempatkan karya dan perkembangan terkini HARON MOKHTAR .pelbagai ilmu yang akan dikongsi bersama serta cara pembelajaran seni yang menarik dan berkesan. akhir kalam....salam persahabatan

    ReplyDelete